salam. phhheeeewww! raya memang sangat memenatkan. ke rumah sedara ni, sedara tu, dapat duit raya, (dah besar pun dapat^^). tetapi, raya tahun ni tidak macam tahun lepas. tahun ni, aman beraya di mesir. harap-harap aman dapat menyesuaikan diri di sana! aman, 짱!
1 syawal saya habiskan masa di rawang, selangor. bangun pada pukul 6.30(?) mandi, makan dan kemudian bersiap-siap ke masjid untuk solat sunat aidilfitri. selepas itu, saya dan keluarga, kami bersalaman dan makan, lagi =_=. saya dan sepupu-sepupu kesayangan beratur untuk bersalaman dengan pakcik-pakcik dan makcik-makcik dan tidak dilupakan DUIT RAYA! kemudian, kami bergambar, memang susah hendak mengaturkan semua orang supaya duduk di tempat yang sepatutnya. snap!
kami mula bergerak ke rumah adik-beradik nenek, dimulakan dengan nenek onah, saya dan sepupu terus menyerang meja makannya. belum lagi dijemput kami telah mengambil seorang satu pinggan. kami bersalaman dengan nenek onah, dan kami diberi duit raya, lagi. kami kemudian pergi ke beberapa lagi rumah adik beradik nenek, namun, tiada datuk idris, kerana dia masih di hospital. kasihaaaaann. pada malamnya, kami pergi ke rumah pakcik saya yang kedua, tidak jauh dari rumah nenek saya. kami makan nasi lemakkk! *pertambahanberatbadaan* huhu^^ kemudian, saya pulang ke rumah nenek manakala adik beradik saya yang lain terus ke rumah adik nenek saya. saya sungguh penat malam itu. di rumah nenek, saya mengemas barang untuk ke kelantan pada keesokan harinya, 2 syawal.
2 syawal,
saya bangun pada pukul 4.00 pagi dan saya dan keluarga bertolak ke pengkalan chepa, kelantan pada pukul 4.30 pagi. kami sampai di rumah mek pada pukul 2.00 tengahari. pada waktu itu, ahli keluarga yang lain sedang bersiap untuk majlis khatam al-Quran yang akan dilakukan di rumah mek. saya menukar baju dan majlis khatam al-Quran pun bermula. ianya diketuai oleh pakcik saya, ustaz mawardi, diikuti oleh sepupu saya yang lain, termasuk adik saya, aim, auf dan yam. selepas tamat, mereka diberi duit raya dan bunga
3 syawal,
kami bangun awal pagi, dan kami terus ke rumah pakcik saya yang kedua, ayah ngah. seperti biasa, kami makan, makan, dan makan! kami kemudian ke nipah, bachok. kami singgah di kubur arwah tok ayah. kami terus ke rumah makcik abah, mok su saudah. dia membuat kenduri bersempena cucunya yang akan melanjutkan pelajaran ke kaherah, mesir, juga. kemudian, kami ke rumah umiyah (kakak abah) kami solat dan merehatkan diri di situ selepas makan. selepas 1 jam kami berehat, kami ke jerteh, untuk melihat perkahwinan adik ayah sin (adik ipar abah). di situ, kami makan, lagi! huhu^^ memang makan sajalah raya ni kan? hehehehehehe. apabila hari sudah mahu ke senja, kami pulang kembali ke bachok, rumah umiyah. kami solat di situ, dan, MAKAN, lagi! ish-ish-ish! =_=` pada lebih kurang pukul 8.30 malam, kami pulang semula ke rumah mek di pengkalan chepa.
4 syawal,
pada pagi itu, kami ke rumah kawan kakak, kak mahfuzhah, di kota bharu. kami agak lama di sana, kami makan dan berborak, DAN mengambil gambar. pada waktu itu, kawan kakak, kaka izzati pun ada. selepas ke rumah kak mahfuzhah, kami ke rumah kak izzati. pada petangnya, saya dah tidak ingat saya buat apa, tidur, mungkin! hehehehehe.
5 syawal,
kami bangun pagi dan kemudian ke markas pas cawangan pengkalan chepa, di situ ada jamuan hari raya, kami sekeluarga hanya menyibuk di situ. (mek saya bertugas di situ) kami makan dan terus ke pantai timur, di mana berhadapan dengan markas pas tadi. di pantai timur, saya tidak membeli apa-apa, cuma mencuba baju-baju yang cantik, sambil menunggu kakak mencari seluar yang sesuai dengan saiz dia. hehehehehe. kami balik ke rumah dan saya terus tidur! perghhhhh, tidur-makan-tidur-makan, mana tak besar macam ni. pada petangnya, saya sekeluarga pergi ke pantai cahaya bulan. di situ kami makan 'seafood' goreng! kemudian saya dan kakak pergi ke tepi pantai dan mula mengambil gambar. sebelum maghrib, kami pulang semula ke rumah mek.
pada keesokan hari nya, saya tidak datang sekolah, kerana dalam perjalanan pulang ke kuala lumpur dari kelantan.
ermmmm,,, raya, raya juga, jangan lupa puasa enam syawal yerrrrr!
No comments:
Post a Comment