fuuhhh, peperiksaan akhir tahun telah lama habis. minta maaf semua kerana telah lama tidak meng'update' blog ini. kem asas'08 telah pun berlalu, xplorace, 12-15 disember. walaupun sedang bercuti, tak tahu mengapa, badan rasa sangat lemah dan penat. hmmmm...ujian dari tuhan.
*tengok-tengok buku dekat almari bilik amannacid* "manikam kalbu..."
buku ni umi beli untuk kakak tahun lepas. pernah sekali saya nak menyelak buku tersebut,
mukasurat 1....mukasurat 2...... *letak buku dekat tepi. main komputer* memandangkan saya bukan jenis yang suka membaca dan malas menunggu, saya hanya dapat membaca 2 mukasurat sahaja pada waktu itu.
buku hasil karya faisal tehrani tersebut menceritakan tentang seorang lelaki yang mempunyai minat yang mendalam dalam kegemilangan melayu dalam dunia fesyen dan busana.
apabila saya membaca buku tersebut, teringat sewaktu kecil2 dahulu. waktu darjah 3, saya dan rakan-rakan memang suka berangan-angan membuka sebuah 'butik'. (anis, ingat lagi??^^) kami melukis beberapa pasang pakaian dan menyuruh kawan-kawan yang lain memilih pakaian yang mana yang paling disukainya. sememangnya, sejak dari kecil lagi saya minat untuk melukis dan mereka benda, terutamanya pakaian wanita.
"Wahai anak Adam sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. Wahai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan ibu bapamu dari syurga, Ia menanggalkan daripada kedua-dua pakaiannya untuk memperlihatkan kepada kedua-duanya auratnya......"
Surah al-'Araf ayat 26 dan sebahagian ayat 27
sebenarnya, dalam islam, jurubusana atau lebih dikenali dengan pereka fesyen, memikul satu tanggungjawab yang besar. mereka-mereka ini tidak boleh hanya melakar atau menghasilkan sesuatu pakaian itu kerana kecantikannya sahaja. pakaian mereka perlulah memenuhi cita rasa islam, contohnya, tidak berpakaian nipis, tidak menampakkan kulit/aurat, tidak menampakkan bentuk badan dan lain-lain..
bidang ini jelas sekali bukanlah untuk wanita sahaja, lelaki pun boleh menceburi bidang ini, sehinggakan Rasulullah sendiri pun menjahit bajunya sendiri. inilah yang dijelaskan didalam novel Manikam Kalbu. Islam sendiri pun tidak melarang untuk memakai pakaian yang cantik dan moden, asalkan, ianya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
"umi, kalau qila ambil aliran fesyen?"
"bukan tak boleh, kita ni nak pilih jalan hidup yang terang dan yang senang, benda-benda macam ni kalau sebagai hobi, umi terima,....."
hmmmm, umi selalu tanya "qila nak jadi apa nanti? nak jadi macam kakak ngan aman ke ambil 'medic'? qila ambil farmasi je la, jadi macam k.ngah", "....."
apabila melihat pakaian yang dipakai remaja mahupun dewasa, mahupun kanak-kanak kini, rasa seperti bukan berada di negara islam. apatah lagi melihat kawan-kawan sekolah berpakaian yang tidak mengikut syariat islam. "minah, x de baju labuh sket ke?" .." x de yg lawa2 ahh..."
hmmmm...kalau aku dapat mereka baju yang lebih baik,
kalau aku dapat mereka baju yang menepati syariat islam...
itu semua kalau, .......................................................
betul cakap umi, aku boleh menjadikannya sebagai hobi. mengambil tempahan pada waktu lapang, dan lain-lain...tapi, takkan itu sahaja yang aku boleh buat. apa sebenarnya jasa aku pada masyarakat luar? marilah bersama-sama kita fikirkan.....
------------------------------
No comments:
Post a Comment