Salam, !Hari ini saya berasa penat, tetapi kuranglah penatnya dari semalam, baru balik 'camping' lah dikatakan. Ni nak cerita tentang ekspedisi gunung angsi 2008, batch 17 al-amin gombak! pengalaman ini memang tidak akan saya lupakan. ianya sangat 'best' !
+ - 2.45 p.m. , dataran sekolah menengah islam al-amin gombak
kami berkumpul dan berbaris dalam kumpulan, semua banat da banin telah menukar dari pakaian sekolah ke pakaian kadet masing2, tetapi, hampir kesemua banat, memakai baju kadet pertahanan awam. kami disuruh untuk membawa beg bersama oleh kakak2 ajk, dan mereka memeriksa beg2 kami, mujur tiada barang saya dirampas. selepas beberapa minit kami berkawat kami diarah supaya bersedia untuk bertolak.
+ - 3.45 p.m. , bersedia untuk bertolak
kami semua mengangkut beg2 kami menuju ke bas2 yang telah disediakan, dalam bas mula2 saya duduk berseorangan, ingatkan boleh nak duduk luas2, tapi, selepas itu, cikgu sapinah duduk sebelah saya, tapi, cikgu tidak selalu duduk, lama2 selepas itu, cikgu duduk di belakang, tidak tahu lah kenapa, kemudian, saya baca mathurat yang dipinjam dari zainab, mathura tertingal dalam beg sekolah. tidak lama selepas saya habis baca, saya pun lena. bila saya bangun, tengok2, ada kak. ajk di sebelah, tidak silap k.
+ - 5.30 p.m. , sampai di taman rekreasi ulu bendul
bila dah sampai, kami semua memang bising! kami membuat sedikit senaman dan kawat kaki, kemudian kami diarah untuk mengangkut beg kami ke tempat perkhemahan yang telah ustaz tetapkan. perjalanan memang jauh, dengan mengangkat beg yang sangat2 berat. bilasudah sampai, kami meletakkan beg dan medapat arahan untuk mendirikan khemah dan membayar RM 4.00 setiap seorang untuk makanan. pada mulanya kumpulan kami mendapat 2 khemah dan aliyyah membawa satu lagi khemah, menjadikannya 3 khemah, tetapi setelah berusaha mendirikannya, kami hanya dapat mendirikan 2 khemah sahaja, bukan tidak larat. tetapi, barang2 khea tidak mencukupi, jadi dua sahaja untuk kami.
selepas itu, kami membuat pendinding di sekeliling khemah, mengharapkan tiada perkara yang tidak diingini berlaku.
+ - 7.00 p.m. , solat, makan
kami, banat menunggu untuk solat maghrib-isya' manakala, banin belum habis mendirikan khemah, adalah setengah jam kami menunggu. tapi, nak buat macam mana -_- selepas itu, kami menunaikan solat jama' qasar bersama2. selepas itu, kami makan, lauk; nasi goreng-ayam! memang licin lah makan masa itu, lapar sangat!
+ - 9.00 p.m. , modul1
malam ni, sebab memang dah ngantuk, tak dengar sangat apa ustaz cakap, ustaz shahrulnizam ada bagi tazkirah tentah hubungan kita dan alam, selepas itu ada lakonan dari abang2 yang memang foooooh! tak tahu la nak cakap macam mana, diorang buat lakonan, tapi sayang kami, banat tidak berapa dengar, kemudia, ustaz bagi soalan, seorang banin bernama nabeel bangun dan jawab, agak lawak, tapi, ... tidak mahu mengumpat! apa-aapa pun, dia dapat hadiah, selepas itu kami buat jadual untuk hirasah (berjaga malam), saya akan berhirasah pada pukul 2.00 a.m.
+ - 12.00 a.m. , tidur
apabila masuk khemah, saya dan rakan2 sekumpulan, baca surah al-mulk sambil mengemas barang untuk mendaki pada keesokang harinya, pada mulanya, saya sememangnya tidak mahu berkongsi beg, (sepatutnya 1 beg 2 orang) tetapi, fikir-fikirkan semula, lebih baik saya kongsikan sahaja, saya dan aimi, mengemas beg dan barang2 kami. dalam kumpulan kami, farah dan maryam adalah orang yang pertama akan berhirasah pada malam itu.
+ - 12.300 a.m. , kisah 1
sedang saya nyenyak tidur, tiba2 ade terdengar suara orang menangis, saya bangun dan lihat di luar khemah, saiyidah sedang mencangkung sambil dikerumuni oleh teman2 yang sedang hirasah. saya dan rakan sekumpulan semua terbangun tetapi tidak keluar dari khemah, kumpulan rakan yang lain barangkali tidak sedar akan kejadian ini kerana kejadian ini berlaku depan khemah kami, dan jauh dari khemah yang lain, kami hanya lihat dari dalam dan bertanyakan tentang saiyidah, pada mulanya saya ingat dia ternampak sesuatu, kerana keadaannya sewaktu menangis itu,sambil mencangkuk di kaki xephora. rupa2 nya, dia disengat oleh lipan yang sangat besar dan bisanya yang sangat sakit membuatkan dia menangis. katanya, memang ada rasa benda gerak2 di dalam baju, selepas itu, sebab terasa sangat sakit, dia menangis tidak berlagu. ustaz shahrulnizam datang, saya yang sedang mamai, tidak berapa ingat apa yang berlaku selepas itu,
+ - 1.00 a.m. , hirasah
bila masa saya berhirasah, saiyidah masih dikerumuni oleh orang, dan ustaz masih disitu, kelihatan dia duduk di atas tikar hadapan khemahnya, iaitu bersebelahan dengan khemah kami, sambil, alya adibah sedang menyedut bisa menggunakan mulutnya! memang agak seram! beraninya adibah ni, selepas itu, saiyidah, adibah dan beberapa orang kakak ajk bersama ustaz bergegas ke hospital berdekatan, saya dan tasneem memulakan kerja hirasah kami. kami membuat pendinding di setiap khemah dan mengelilingi khemah itu untuk memastikan tiada binatang liar, banyak juga perkara yang tidak boleh saya ceritakan tentang apa yang terjadi pada malam itu -sulit-
saya dan tasneem kemudian mengejut aliyyah dan anhar untuk bangun hirasah, kami sambung tidur!
+ - 5.30 a.m. , siap2
kami bangun awal pagi itu, kami mandi dan memakai pakaian untuk mendaki! saya dan ahli kumpulan sudah bercadang untuk memakai baju bewarna hitam, sayangnya, azillah dan anhar tidak punya! TT___TT kemudian kami bersama2 menunaikan solat subuh diikuti mathurat. kemudian, kami diarah menyiapkan beg untuk mendaki, kami membuat sedikit senaman ringan dan, kami diberi makan, 1 peket makanan yang perlu dibawa naik, dan 1 peket meehoon dan air teh untuk dimakan sewaktu itu, sememangnya saya tidak berasa lapar dan saya tidak dapat menghabiskan meehoon tersebut, Alhamdulillah, air teh yang sedap itu, habis :)
+ - 8.30 a.m. , bertolak!
kami berbaris dalam kumpulan, dan pada mulanya aimi yang bawa beg kami, kami mula berjalan, pada awalnya, tanah sememangnya rata, terdetik di hati, "taklah pnat/susah pown xpdc nih" kami berjalan, naik, turun, dan sampai di satu tempat kami berehat kemudian, mungkin Allah nak tunjukkan kepada saya, janganlah fikir diri kita itu hebat sangat, jalan di hutan itu mula curam, memang sangat-sangat curam, saya mula berasa penat yang sangat, aimi yang kemudian tidak larat membawa beg itu, menyerahkannya kepada saya, jalan dah curam meninggi, kena bawa beg pula, tapi, memang kena ada semangat yang tinggi, memang memenatkan tetapi, bila sampai kepada kamera, semua masih boleh tersenyum aisshhh~ biasalah kami. bila dah sampai di suatu tempat, kami 'lost', hanya kumpulan kami yang tinggal, kumpulan banin kebanyakan sudah kehadapan, banat2 yang lain masih di belakang kerana ramai yang kejang. kami dan dua orang kakak ajk, meneruskan perjalanan walaupun tidak tahu hendak ke mana, kemudian, nasib baik terserempak dengan beberapa orang abang2 ajk, mereka mengiringi kami sampai ke atas............
sampai di sini sahaja dulu-
No comments:
Post a Comment