Wednesday, December 17, 2008

xplorace '08

Assalamualaikum! Dah seminggu xplorace berlalu. Haha, walaupun datang sebagai ajk, tapi kepenatan dia, WAH, tidak dapat ku luahkan dengan kata-kata. Mana tak penat, peserta lari sini, ikut, lari sana, ikut. Baru kau tahu rasa jadi ajk ambil gambar! Itu pun ambil video macam tunggang-langgang. Ada masa yang pengang kamera pun dah tak betul. Haha, pengalaman pengalaman. Bagi kakak-kakak dan abang-abang Caliph14, mungkin inilah kali terakhir mereka bersama-sama. Selepas ini, mereka masih berjumpa dan mungkin mereka menyambung pelajaran di IPT yang sama, tapi, ianya lain dari suasana al-amin. Al-amin, ! Hehe.

HARI SATU.
Xplorace bermula pada hari Jumaat. Peserta mendaftarkan diri. Tidak lama selepas itu peserta dilepaskan. Peserta lepas, aku lepas. Nasib baik beg ajk Abang Sarep dah tolong bawakan. Peserta perlulah berjalan kaki ke UIAM. Tak perlulah nak mengada naik kereta/bas/teksi atau sebagainya. Kerja aku dan ajk fotografi yang lain hanyalah perlu mengikut peserta ke mana sahaja mereka pergi dan mengambil gambar. Termengah-mengahlah aku dengan Cikgu Shikin nak mengejar akak-akak peserta ni. Bila tugas mereka sudah diselesaikan di UIAM, mereka perlu ke stesen PUTRA, dengan menaiki bas. Tak semestinya naik bas, cuma perlu ditunjukkan tiket bas sahaja. Di PUTRA jumpa dengan Hanisah & Kak Fathy. Selepas itu, naik LRT pergi KLCC. KLCC, kesian..mereka nak buat tugasan, kena halau dengan pengawal di sana. Di KLCC jumpa Kak Syaza dan Kak Shafiah. Peserta diberikan beberapa buah buku dan pelu menjual kesemua buku tersebut. Cabaran. Sememangnya, susah nak jual buku kat orang ramai. Kalau aku pun tak beli kalau ada orang datang kata nak jual buku. Hehe. Selepas itu, ajk, makan. Pagi, dah makan dua burger. Haha, jangan tanya kenapa! Tengahari kena makan nasi. Kenyang! Selepas Solat Jumaat, peserta perlulah ke Masjid Jamek. Di sana mereka perlulah membuat kerja amal, membersihkan kawasan masjid. Aku dan Cikgu Shikin, solat. Sewaktu di Masjid Jamek, berlaku sedikit kekeliruan yang aku sendiri tak faham. Mereka menunggu di situ sehingga pukul 5. Nak ambil gambar, tiba-tiba, bateri kosong! Cuba masukkan bateri yang lain. Tak boleh! 'kenapa pula ni. bukan da charge ke?' Telefon Abah.
"Abah, kenapa bateri ni tak boleh guna?"
'Tak boleh? Cuba yang lain"
"Dah cuba dah, tak boleh juga"
"Nanti Abah datang dekat KL Sentral"
"Okay!"
Lebih kurang 5.30, peserta dilepaskan. Mereka mejunu ke KL Sentral. Di KL Sentral, mereka makan, tukar baju dan lain-lain. Aku dan Hanisah dah bincang awal-awal, nak tukar baju cepat-cepat, beli makanan! Sebelum tukar baju, Hanisah ternampak kek lapis. Dia terus beli. Selepas tukar baju, makan, *6.50* masih awal lagi nak solat. Tapi, kami terus ke surau, sebab takut nanti penuh. Selepas solat, jumpa Umi dalam surau. Keluar surau, nampak Abah. Abah tengok-tengok kamera, Abah kata, bateri tak charge. Haha. Abah bawa bateri lain. Semua dah selesai!
Peserta di arah berkumpul untuk menaiki keretapi ke Tampin. Naik keretapi. Sememangnya, tak boleh nak tidur. Bising. Biarlah, bak kata Hanisah " nak habiskan masa bersama dalam keretapi". Kemudian sampai di Tampin, kami menaiki bas ke Kem Lanchang, MELAKA!
Di sinilah bermulanya, "Jemput makan Tuan! Jemput makan Puan! Jemput makan Encik! Jemput makan kawan-kawan! Jemput makan semua!"
Selepas makan, tidur! Haha, aku dan Hanisah tidur di bahagian atas. Ingatkan sejuk, tapi, kipas di tempat kami SAHAJA yang rosak. Akibat lambat pilih katil.

HARI DUA
Bangun pagi, solat, dan AEROBIK! Inilah kali pertama aku melihat abang-abang yang yang sebelum ini hanya menunjukkan kegagahan mereka dan kali ini, gelek! Haha. Video itu akanku simpan buat selama-lamanya! Haha. Selepas itu, makan, dan peserta diberi taklimat-taklimat yang sangat berguna untuk aku! Water confident, Kayak. Dua-dua aku tak ambil bahagian, bukan apa, tak mahu basah. Baju tak cukup!
Waktu kayak, nampak Abah dan Acid sampai. Abah mulalah bawak keluar kamera. Acid pergi borak-borak dengan kawan dia.
Kemudian, balik kem, makan. Kemudian peserta banat naik basikal keliling satu kampung! Yang ni, saya naik sekali. Tapi, penat, nak kena pecut kakak-kakak tu, kena berhenti ambil gambar. Itu pun tak banyak yang dapat. Balik naik basikal, main permainan dirikan batu guna kertas. AJK,kami dapat berapa belas, tak ingat.
Maghrib abah bagi tazkirah. Aku mengaku kurang bagi tumpuan. Hanisah pula menampal kapas di tanganku. Dia nak jadi doktor. Haha.
Selepas itu, pidato dan persembahan dari peserta. Satu perkataan sahaja, 'BEST'. Selepas itu, mulakan 'nightwalk'. Setiap ajk mesti menjaga 'checkpoint'. Aku kena jaga dengan Cikgu Hafizhah, Abang Umar dan Abang Hafiz.:) Dan, Abang Hafiz tak henti-henti mengambil gambar bulan (?) Selepas semua peserta dah habis, datanglah kereta/truck (tak ingat nama dah) yang penuh dengan ajk-ajk lain. Abah pun ada dalam tu. Kami semua pun naik atas truck tu. Dah macam pelarian. Abang Sarep kata macam pilihan raya, lambai-lambai.
Balik Kem, tidur!

HARI TIGA
Bangun, aku dan Kak Syaza, terus pergi ke surau. Tiada orang lagi. Bamm! Kami baring. Kami bangun, dan solat. Pagi tu ada lawan lumba basikal, dekat ladang kelapa sawit. Kalu peserta banat, memang kotor la tudung diorang. Cantik, 'a piece of art'! Sementara berlumba dekat dengan ladang kelapa sawit, peserta yang lain di kem, mereka lawan basikal juga, cuma basikal lambat, titi, dan satu lagi tak tahu. Balik dari tempat berlumba, makan. Sewaktu peserta banin melakukan 'wall climbing', banat bermain, buta, pekak, bisu. Pelbagai isyarat yang mereka gunakan. Kemudian, banat 'wall climbing', semuanya 'okay'! Dan, banat main 'paint ball'. Teringin betul aku nak main, tapi, dia buat dalam air, jadi, aku tak nak membasahkan baju. Tapi, aku sempat menembak SEKALI. Haha. Kemudian, semua orang mengemas barang untuk pulang. Kami naik bas dan terus ke Bandar Hilir. Kami sampai di sana malam. Di sana mereka perlulah menyiapkan tugasan. Aku perlu megikut kumpulan Kak Saleemah. Penat! Selepas kumpulan La-Di-Da (kumpulan Kak Saleemah) tamat menyiapkan tugasan, kami balik ke tempat berkumpul.Kami diberi masa untuk membeli makanan dan lain-lain sehingga jam 9.45 malam. Disebabkan beg duit aku tertinggal di dalam bas, jadi aku hanya duduk di atas 'banner' dan menunggu untuk semua kumpulan sampai. Hanisah dah pergi ikut Kak Diyana. Kemudian, kami berangkat ke SEKOLAH! Sampai di sekolah, pukul 2.00, kami solat isya' dan pergi ke dewan seminar untuk mendengar pengalaman kakak dan abang-abang yang sedang belajar di IPT. Aku dapat dengar sedikit sahaja, kerana ada kerja yang ajk perlu buat. Kami turun ke bawah dan perlu mengemas barang-barang masakan peserta, Haha, kunyit besar! Selepas itu, kami cuba untuk bermain permainan yang akan dimain esok. Disebabkan kami agak bising, kena marah dengan banin. Sememangnya aku tidak tidur langsung malam/pagi tu.

HARI EMPAT
5.30, terus solat, (tak perlu bangun sebab tak tidur). Waktu solat semua orang masih mengantuk. Selepas habis solat Subuh, ramailah yang terbaring kat dalam surau al-amin yang tidak ada eletrik tu, gelap, termasuk, aku, Hanisah, dan Kak Syaza. Tengah sedap-sedap tidur, Hanisah kejut! Aku bangun dan mendapati tiada siapa di dalam surau kecuali kami bertiga. Sewaktu kami tidur, surau masih gelap dan penuh dengan orang. Aku mimpi ke ni? Bukan mimpi, aku cuma terkejut, sangat terkejut! Rupa-rupanya, dah lama kami tidur di situ, semua peserta dah bangun, peserta dah pun habis membuat senaman ringan. Malu kalau ada orang nammpak kami bertiga SAHAJA terbaring di tengah-tengah surau.
Kami keluar dari surau dan mendapati peserta sedang mencari barang makanan mereka. Selepas itu, mereka mulakan 'survival cooking'. Masak-masak, potong-potong, tiup-tiup, jeling-jeling. Haha. Selepas itu, makanan mereka dihidangkan. Banin punya nampak sangat sedap! Manakala banat, hehehehhehe. Waktu itu, nampak ramai kawan-kawan tingkatan 2 yang lain. Ada kelas tambahan. Cuma aku dan Hanisah tak pergi. Nampak Izzat tukar baju sekolah, tanya Nazran, dia pergi tak kelas tambahan, dia kata tak pergi. Aku dan Hanisah tak tahu nak pergi ke tak, sebab kalau tak pergi takut tertinggal. Selepas itu, ada permainan ' '. Kena baling selipar supaya selipar jatuh. Aku dah Hanisah, rasa tak sedap hati, kami naik ke kelas. Nampak kelas macam penuh. Cikgu kata masuk lah. Kami pun masuk. Belajar dalam bau yang busuk, baju tak tukar. Semua kawan cakap muka aku dah hitam! haha. Kemudian, kami keluar kelas dan, aku pergi menolong ajk makanan untuk menyediakan makanan. Lap-lap dulang, makan aiskrim..hehe. Selepas itu, aku pergi solat di surau. Kemudian, terus naik atas untuk majlis penutup. Pemenangnya adalah Cent-toot dan Cruella. Masa ni mataku seakan-akan tak boleh buka, ngantuk! Kemudian, mereka makan. Aku masih boleh ingat wajah-wajah gembira mereka! Haha. Selepas ni, kalau nak tengok muka kakak-kakak dan abang-abang ni memang susah. Aku memang akan rindu kakak-kakak Caliph14! Harap-harap mereka mendapat keputusan yang baik dalam SPM dan menjadi Khalifah Allah yang terbaik di muka bumi ini. Wasalam.

GAMBAR

[nightwalk]
[wah, ajk2 banin]
[k. huda]
[kayak]
[kayak]
[paint ball]
[buta, pekak, bisu]





pictures credits; ABAH. Visit his FLICKRrrrr

3 comments:

Azillah Azhar said...

Salam.
haha.
Walaupon penat,still dapat pengalaman kan. ;))
Best3.
kiru ! gamba tak de ke ? :P

msradd said...

hahaha, gamba, belom lg, nnt letak.

Nurfatmah Nabilah Kamarulzaman said...

wawawawi~!!

best nyer tgk semua gambar xplorace dlm mcm2 blog.. cg shikin ade, blog nti, blog kakak2 n abg2 lg.. huhu...

aqila dashuki bakal jd pen ketua masyab.. wa~!!

salam~~