Hai dah lama rasanya tak menulis dalam BM. Ehek rasa janggal sedikit di sini ya.
Hem pernah rasa tak satu masa tu kita rasa nak tinggalkan semua benda. Rasa entah kenapa aku buat benda ni. Macam robot. Semua orang buat aku buat, aku hanya following the flow. Kenapa tak boleh aku nak hidup cara aku? Kenapa aku kena ikut orang? Kenapa dunia ni macam ni?
Aku selalu rasa macam tu. Entah kenapa. Dari dulu lagi pun, aku macam ni. Buat semua benda nak tak nak. Aku rasa dunia ni macam pelik, kenapa aku kena memuaskan hati semua orang, tapi bukan hati aku sendiri.Dan aku tak tahu pun sebenarnya apa yang aku nak.
Astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah.
Lately ni aku banyak berfikir, semenjak bergelar mahasiswi *ekhem*. Aku jumpa macam-macam orang, makin ramai kawan. Dan kebanyakan mereka ni amatlah kuat study, so unlike me. Bila aku tanya, kenapa korang nak jadi *apa yang diorang nak jadi*, macam-macam jawapan diorang kasi.
'Nanti senang hidup, gaji besar'
'Minat lah buat benda-benda macam ni, best'
'Entah, memang dari kecik nak jadi'.
Lagi buat aku bingung, eh diorang ni macam aku jugak ke?
Tapi yang pelik, aku cuba nak cari jawapan yang aku nak dengar dari diorang.
Macam yang belajar kat sekolah, dengar dekat daurah.
Lillahita'ala, untuk ummah, untuk islam.
Tapi aku tak jumpa jawapan ni. Mungkin ada dua tiga orang jawab macam ni, ahli bulatan gembira aku. Yang lain, hampir tiada.
Dan aku pun mempersoalkan diri aku ni, kau kenapa dah tahu tapi still tanya orang?
Kenapa kau kata yang kau tak tahu tujuan kau buat sesuatu perkara?
Kenapa selama ni kau buat hidup ni main-main?
Padahal kau dah tahu.
Ya aku dah tahu. Tapi aku baru sedar. Ya, baru je sedar.
Mungkin sebab aku tak nak jadi seperti orang lain. Aku ni memang jenis tak suka jadi macam orang lain, aku suka nak jadi special. Bila mereka bagi jawapan macam tu, aku rasa, ah takde beza aku dengan dia. Dan bila aku kaji lagi pasal benda ni, aku dapat lihat di kala kebanyakan manusia mengejar dunia, masih terapung-apung di awangan, hanya ada segelintir sahaja mereka-mereka yang sedang bergerak mengejar akhirat. Sigh.
Umat islam yang seperti buih-buih di lautan, hem.
Dekat mana aku?
Macam tu lah manusia, tahu. Ilmu banyak. Sayang, mungkin mereka juga belum sedar. Hem ya, macam belajar waktu sekolah rendah, 'ilmu tanpa amal, ibarat pokok tanpa buah'.
Habis takkan nak biarkan mereka lalai tanpa kesedaran tu? No no no lah kan. Kata sayang, kata chenta, takkan tak nak menyedarkan mereka kan? Buat lah mana yang mampu, lebih baik dari hanya duduk sahaja menunggu hari di mana bumi diterbalikkan.
Selagi ada masa, tenaga, gunakan sepenuhnya untuk jalan ini. Serius takkan rugi,
Menjadi special di sisi-Nya!
Bakal kembali untuk meneruskan semester akhir tamhidi, doakan.
A nice encouraging text message will do.
4 comments:
detik masa terus berlalu.tak pernah MENUNGGU kita utk berubah dan terus bangun berusaha.
setiap detik berlalu sebenarnya mendekatkan kita dgn noktah permusafiran kita yg sementara.
jagai dan bajai niat selalu kerana "mencari redhaNya. "
- bersyukur dgn apa yg ada disekeliling dan buatlah yg terbaik dalam hidup adalah kemanisan dan ketenangan yg hakiki
----semoga berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat hendaknya.in sya allah.
----JAY
Bismillah.
Bila mana melangkah masuk alam U, memang kehidupannya tak sama dengan keadaan kat sekolah dulu. Even when we were kat Sekolah pon, most of us akan fikir jugak untuk nak dapatkan kesenangan than fikirkan sumbangan tu sendiri.
Itulah sebabnya. Orang orang yang ada tarbiyah ini fikirannya sentiasa lain daripada lain. Sentiasa nampak sesuatu yang beyond the point. Thats why others perlukan kita. Untuk kita sama sama tarik mereka.
So, bittaufiq wannajah. Semoga terus thabat dalam mengejar doktor untuk ummah.
Wassalam.
Tahu dan sedar tu lain.
Tahu di akal.
Sedar di hati.
Orang yang tahu macam mana, apa hukum solat tak sama dengan orang yang sedar kepentingan solat.
Ada beza I have to pray dengan I need to pray.
Yup, tugas KITA lah nak menyedarkan mereka.
makin kite meningkat usia, semakin banyak benda kita belajar.. tapi kita sedar ke tidak ape yang kita lakukan? tq menyedarkan saya juga org lain :-)
Post a Comment