ASSALAMUALAIKUM!
Okay, Alhamdulillah selepas bertahun-tahun struggle, akhirnya SPM berakhir. Explorace 2011 juga berakhir, bermakna sudah berakhirlah program terakhir kami sebagai pelajar sekolah menengah. Mestilah tak bermakna perjuangan terhenti sampai sini je, perjalanan masih panjang. Dan aku masih muda dan boleh dikatakan masih kosong dengan pengalaman dan ilmu. Ya, kosong. Ibarat botol yang dalamnya dibasuh dengan air, dan dikeluarkan kembali airnya. Air yang tinggal dalam tu, itulah aku. *merepek
5 Tahun di Al-Amin? Wow 5 tahun tu lama kot. Hahaha walaupun sebenarnya genap 11 tahun dah aku belajar dekat Pusat Pendidikan Al-Amin. Tapi bagi aku 5 tahun aku di Sek. Men. Al-Amin Gombak ni sangat bermakna. Macam-macam dah aku belajar malah aku sendiri boleh merasakan sedikit demi sedikit perubahan dalam diri aku. Kalau nak cakap zaman muda-mudi form one yang ranggi tu dengan sekarang, jauh bezalah. Dulu walaupun muka suci dan innocent, banyak perkara yang aku tak faham, Alhamdulillah sekarang ni aku rasa aku dah mula nak kenal dunia sebenar. Realiti dunia sebenar.
5 Tahun di Al-Amin juga dah ajar aku benda yang susah nak dapat dekat luar, Ukhuwwah. Hubungan persahabatan yang berasaskan agama, bertemu dan berpisah kerana Allah. Aku juga dapat melihat pengorbanan mereka-mereka yang ingin mengejar sesuatu, walaupun bukanlah faedahnya untuk mereka. Amazing. Ya, dan macam-macam lagi yang aku belajar. Tak tertulis lah semua benda yang aku dah belajar dekat Al-Amin, banyak sangat. Dan aku juga nak berterima kasih dekat semua orang yang membantu aku, samada umi dan abah, adik-beradik yang lain, cikgu-cikgu dan ustaz-ustaz, kawan-kawan, dan senior junior. Anda semua telah mewarnai hidup saya, ceh ayat nak gempak je. Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak dan minta maaf atas segala kesilapan. Aku tahu kadang-kadang aku tak jalankan tugas dengan baik, terlalu ikut perasaan. Minta maaf.
Untuk teman-teman seperjuangan, pertama sekali ana nak minta maaf sekali lagi sebab ana rasa ana tak tunaikan tugas ana sebagai seorang sahabat dengan baik. Ya ana ni pengecut sebenarnya, tak berani cakap depan-depan. Jadi ana harap antum baca pesanan ana dekat sini.
Pertama sekali, ana berharap sangat sangat antum semua terus thabat atas jalan dakwah dan tarbiyyah. Do remember, apa yang kita dah belajar dekat Al-Amin tu mestilah dipratikkan dan hukum-hukum Allah ni berkekalan sampai hari kiamat. Aurat tetap aurat, ikhtilat tetap ikhtilat, dan yang haram tetap haram. Ana juga tak boleh nak jamin diri ana macam mana nanti, cuma berdoalah. Do know that doa is a muslim biggest weapon. Yang banat-banat kesayangan ni terutamanya, jagalah akhlak dan yang paling penting aurat. Kawal nafsu dan perasaan. Jadilah diri kita yang sebenar. Diri yang kembali kepada fitrah. And the most important thing is, I hope that all of us can meet again in Jannah. Ameen ya Rabbal'alamin. Buat si kaum adam, ana harap antum mampu menjadi pemimpin yang menegakkan islam satu hari nanti. Jadilah Ar-Rijal yang mampu membimbing wanita-wanita dekat kepada Allah, dan janganlah sesekali dekat kepada perkara mungkar. Jadilah lelaki yang tidak mengejar populariti dunia dan hiburan melampau yang melalaikan, tetapi punya satu matlamat, mengejar redha Allah.
Sebenarnya nak tulis macam-macam lagi untuk antum, tapi takut meleret sangat pulak. Apa-apa pun, Uhibukumfillah and I'm gonna miss you all so much! Semoga kita semua akan kekal dalam rahmat dan redha Allah, ameen.
"Sometimes you have to let go of the one you love to find out if there is really something there."
*Sorry lah lama sangat dah tak menulis, kehilangan idea dah.
"Selamat tinggal Al-Amin"
2 comments:
syukran jazilan ukhti :)
nice one :)
napok mate skit.
Post a Comment