[hye!]
ASSALAMUALAIKUM! Okay, sangat lama dah tak jenguk blog 'kesayangan' ni. Apa-apa pun, sekarang saya di sini, untuk menaip kembali :)
3-9 Disember merupakan hari-hari yang sangat dinantikan oleh semua ahli OS7 Al-Amin. Yela, Wafdul Amin. Selepas setahun semua orang bekerja keras mencari dana untuk menjayakan program ni, akhirnya berjaya juga kami sampai di Kg. Selat Bagan Nyior, Pulau Dayang Bunting. (Okay sebenarnya, tempat ni terletak dekat Pulau Dayang Bunting, tapi kita orang semua ingat dekat Pulau Tuba. Bila tanya orang kampung baru tahu, hihi.) Walaupun ada orang yang last-minute tak dapat pergi, ada lah hikmahnya tu. Allah sudah menyediakan benda yang lebih baik untuk antum, jadi tak payah nak rasa menyesal ke nangis-nangis ke apa.
Cerita saya mungkin berbeza dengan orang lain.
Sebenarnya, dan sejujurnya, sebelum ini, apabila dengar perkataan 'Wafdul Amin 2010', aku langsung tak ambil kisah dan malas nak dengar. Ya, mungkin kerana aku bukan salah satu daripada Ahli Jawatan Kuasa, jadi aku rasa tak perlu untuk aku tahu segala benda. Yang aku tahu, kena cari duit je. Lantaklah AJK lain nak buat apa pun, dah diorang AJK, pandai-pandai lah buat kerja. Memang betul, setahun ni aku memang tak offer pertolongan langsung dari AJK WAFA, tak bagi nasihat, walaupun aku nampak banyak benda yang diorang masih lacking. Aku buat tak tahu. Entah kenapa, mungkin juga sebab aku rasa yang mereka tidak memerlukan pertolongan, kalau nak, mereka yang kena tanya aku, bukan aku tanya mereka. Ya, bongkaknya aku. Bila Umi tanya tentang WAFA, aku jawab 'tak tahu', 'entahlah, tanya lah AJK'. Umi dengan Acid selalu marah, Umi suruh aku banyak bertanya, tapi aku masih buat tak tahu. Kalau nak tengok, kawan-kawan aku semua AJK, apa-apa diorang bincang tentang WAFA, aku tak tahu. Dan sekali lagi, sejujurnya, aku merasakan pihak AJK tak nak bagi tahu sangat tentang perancangan WAFA. Ini perasaan aku je eh. Dan, aku rasa kalau aku tanya apa-apa diorang akan cakap aku ni sibuk je nak tahu. Maksudnya, mereka tak nak kongsi apa-apa permasalahan kepada peserta biasa yang lain. Itu sebenarnya buat aku marah, tapi aku diam. Aku pendam, dan buat tak tahu lagi.
Sampai tiba hari WAFA.
Umi pesan buat kali terakhir,
"Qila, kita ni jangan la buat tak tahu, kita ni kena bertanya, 'apa lagi nak tolong?' 'ada kerja apa lagi nak buat?'. Kita dah biasa buat program ni, kena share our profession(?). Kita ni satu kumpulan. Jangan sampai orang kata awak ni sombong, lurus bendul, apa orang cakap ikut je"
Acid pun cakap, kalau dah tahu ada kekurangan, janganlah diam je, bagitahu lah supaya dapat perbaiki.
Dan waktu tu baru aku tersedar, selama ni aku terlupa. Aku terlupa tujuan keseluruhan WAFA. Bekerja dalam kumpulan, belajar untuk membantu satu sama lain.
Bila aku fikir balik, aku merasakan semua permasalahan datang dari diri aku, aku nampak masalahnya, tapi aku diam. Aku rasa yang mereka boleh selesaikan sendiri, tapi aku silap. Kalaulah aku selalu tanya, selalu tolong, selalu tegur, mungkin masalah kurang ada. Aku menyesal, aku rasa macam aku tak beri sumbangan apa-apa pun.
[♥]
Minta maaf. Ana rasa bersalah kat Antum semua, sebab walaupun ana seorang peserta
biasa, tapi ana tak memberikan yang terbaik untuk WAFA kali ini. Ana nak minta maaf sangat-sangat. Ya, ana menyesal.
Ana harap pertolongan ana yang serba sedikit sewaktu WAFA berlangsung tu dapat meringankan beban beberapa orang dari Antum.
[To Azillah: Terima kasih banyak sebab bagi peluang dekat ana untuk menyumbang serba sedikit untuk Malam Seni.]
Apa-apa pun, Allah lah lebih mengetahui segalanya. Semoga kita semua diberkati Allah dan ukhuwwah ini berkekalan hingga akhir hayat.
Ana sayang ONESE7EN ♥ dan ana rindu Kg. Selat Bagan Nyior, Mok, Abah, Husna, Adik Ain, Mak Wa, Afiq, Kak Ayu, Kak Tasha, Awi, ya dan Solihin juga.
[Kg. Selat Bagan Nyior, I'll be back~]
okay, so, no hard feeling people, everything's fine now :) Alhamdulillah.
picture credits to Azillah Azhar and Nawi Zharif.
9 comments:
Aaaaaahhh nak nangis sekarang boleh tak?! Peluang tu sentiasa ada, ramai yang rasa macam tu barangkali. Termasuk la solat hajat Wafdul Amin. Torture betul. Tapi Alhamdulillah, Allah tu Maha Pengasih :) Sorry for all the heart feelings, thanks for eveything. I mean it, every single thing. May All of our hardworks paid off & May Allah Bless :')
Dan kenapa ana tak tahu ada gambar tu? Ok sila send lol
lamanya ayu tak update blog ,
haha :p
okay ana tak tahu nak comment apa , dah tak terlibat T_______T
hehe
akhirnya,, post baru!! haha!
ayu, ana tau nt smnanye amek berat psl WAFA nie.. cume nt tak tnjuk dan x sedar(?) insyaAllah semua mmberi sumbgn dlm Wafdul Amin (dah bermula ucapan timb pngarah.. ehehe..) utk pstikan WAFA kali ini berjaya.. masing2 ade pranan msing2.. tak de nk ckp byk,, AYU COMEL!! HEEE...
akhirnya,, post baru!! haha!
ayu, ana tau nt smnanye amek berat psl WAFA nie.. cume nt tak tnjuk dan x sedar(?) insyaAllah semua mmberi sumbgn dlm Wafdul Amin (dah bermula ucapan timb pngarah.. ehehe..) utk pstikan WAFA kali ini berjaya.. masing2 ade pranan msing2.. tak de nk ckp byk,, AYU COMEL!! HEEE...
uitt rindu senyum nt
wow! post yang menyentuh hati. sama sama muhasabah majulah wafdul amin untuk al-amin (?) erm.
saya terasa. ambil tahu ke tidak ya? hm.
issssshhhhhh3x....luahan hati nampaknya...
hidup itu adalah sesi pembelajaran...semakin kita lalui kehidupan semakin itulah kita kenali diri dan alam sekeliling
apa-apa pun tahniah utk semua
Post a Comment