Salam. Oh, Ramadhan datang lagi.
Alhamdulillah, dapat bertemu dengan Ramadhan tahun ni, kepada makcik-makcik, pakcik-pakcik, kakak, abang, adik, janganlah kita sia-siakan masa di bulan Ramadhan ini, kerana kita tak pasti lagi akan bertemu Ramadhan tahun depan.
Okay, nak cerita kisah zaman dolu-dolu. Huahuahua, tajuk tu nak kasi gempak je pun.
Aku, Acid, dan API. Ceritanya bermula,
Masa: Dulu-dulu
Tempat: Kampung :)
Ketika itu, Aku dan Acid sedang berada di dalam bilik. Acid tengah menggosok pakaian (?) *ingatan saya samar-samar.
Biasalah, aku budak, mana boleh duduk setempat. Aku nak keluar dari bilik, sedara lain ramai dekat luar, tapi Acid cakap jangan keluar. Tak ingat dan tak tahu sebenarnya kenapa dia tak kasi Aku keluar. Disebabkan Aku tak boleh tahan duduk dalam bilik lama-lama, Aku pun menuju ke pintu yang tertutup, nak keluar, tiba-tiba Acid ambil 'iron' diletaknya atas pipi Aku. Disebabkan waktu tu Aku masih kecil, memang terasa sangat panas, menjerit-jerit dan menangis-nangis.
Semua orang datang. Pak cik Aku angkat Aku terus bawak bawah aircond (?) Tak silap aku la, samar-samar okay.
*Mungkin 'iron' tak panas pun time tu, sebab sekarang tak ada pun parut. Aku je yang melebih-lebih, dan Acid pun waktu tu kecil lagi, belum mumaiz pun, tak ada maknanya dia 'terrorist' ke apa ya.
Masa: dulu-dulu jugak
Tempat: Kampung jugak:) hehe.
Waktu ni pulak dekat luar rumah, tepi longkang rumah Nenek. Entah macam mana waktu tu Acid dapat mancis. Mulalah start nak membakar-bakar. Sekali lagi, memang waktu ni Aku kecil lagi, apa Acid buat mesti Aku nak ikut. Acid ada bakar mancis pastu dia buang dalam longkang. Aku pula ambil mancis yang belum di'bakar' nak letak dekat mancis Acid buang tadi. Tapi bara api mancis yang Acid buat tu masih ada, jadi berlakulah sedikit 'letupan' dan api yang keluar telah terkena tanganku. Okay, yang kali ni memang betul panas, sebab sampai sekarang parut ada. Emm, dan memang, Aku nangis lagi.
Masa: 2009 :)
Tempat: Rumah
Pasal ni, Acid dah pernah post dekat blog dia. Tapi takpelah, nak cerita sekali lagi. Suatu hari tu, sekolah ada buat latihan 'Fire Drill'. Pihak bomba, bomba eh? hehe. datang nak tunjuk cara-cara memadamkan api. Esok tu dekat rumah, Acid nak goreng makanan, dia panaskan minyak. Acid suruh Yam tengok-tengokkan api dapur. Acid naik atas. Kemudian, Adik menjerit-jerit, kata "API!" Semua orang datang dapur, Api dah membara tinggi. Acid kata dia terlupa, Yam pulak tak menengokkan api tu. Abah ada dekat rumah, Abah suruh basahkan kain. Aku pun basahkan kain. Acid minta kain, nak pratikkan apa yang telah dibelajar dekat sekolah, (letak kain basah atas bekas yang ada api). Jadi, Acid pun letaklah kain basah atas kuali, ye KUALI YANG ADA MINYAK PANAS. Keadaan jadi lagi serabut, habis Aku kena marah sebab pergi basahkan kain (?) Tak lama lepas tu, Alhamdulillah, reda juga api tu. Fuhhh, nasib baik rumah tak terbakar. :D
Itulah dia cerita Aku, Acid dan Api. Sebenarnya, masih takut bila nak nyalakan mancis dan 'lighter'. Takut api, dan sememangnya, Api Neraka Allah itu lebih berganda-ganda panasnya.
". . . . .Katakanlah:"Api neraka Jahannam itu lebih sangat panas(nya)", jikalau mereka mengetahui." (QS. at-Taubat:81)
Marilah kita berdoa kepada Allah, supaya dijauhkan dari azab api neraka, dan dihapuskan dosa-dosa kita di bulan Ramadhan yang mulia ini. Ameen.
habis aku bila Acid baca post ni.
10 comments:
oi delete la vid tu.
oi, bukan letak iron la kat pipi..
kakak n umi ngah solat maghrib ke isya mase tu..acid gosok kain panas2. pastu dia letak kain panas tu kt awak la...hahaha
ni kes memanipulasi cite..wakwakakwkw
eh, qila ingat la, iron kat pipi, betullllllll!
betul la iron kat pipi. HAHAHAAHAHAHA oi buang video la
biar je video tuh. HOHOHOHO!
hehehhe....bajet acid..hahhaha
ehehm2
hahah.comel
qila still masyab ke?
nnt junior bca dorg dh tak pecaya awk dh nnti
aman, tau takpe.
kak husna, ahhhhhhhh. malunya. a'aah masyab lagi la ni. tapi sekarang dah okay la, takde la trauma pun.
HAHAHAHAHAHAHA
comel je cerita awak
-kakak al-amin bangi-
Post a Comment