Thursday, June 24, 2010

WON JEONG 2010



ini ladang teh, bukan Gunung Berembun, ya.

tak best tulis xpdc, tulis won jeong (원정) la pulak, hehehe.

Assalamualaikum,
sekali lagi habis berhabuk blog ni. Takpe, kita menulis bila perlu je kan?

Alhamdulillah, XPDC 2010 telah pun berakhir. Segala penat lelah guru-guru, AJK dan peserta-peserta, bagi ana memang berbaloi. Terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dalam menjayakan XPDC tahun ini, dan tak lupa kepada senior-senior yang banyak bagi nasihat, terutama Kak Huda, terima kasih semua.

AJK-AJK, walaupun banyak benda yang nak kita buat tapi tak buat, takpe, insyaAllah akan ada masa lain. Semua kesilapan dan kesalahan yang terlanjur, kita cuba perbaiki dalam program yang mendatang. Ameen.

nak cerita pengalaman ke? adehh, kalau nak cerita semua memang banyaklah, tapi takpe, meh cerita sikit-sikit.

15/06/2010 - SELASA

Hari first XPDC, dengan membawa tubuh badan yang kurang sihat, semangatkan juga diri nak ke XPDC. Fuhh, memang berdebar, first time kena conduct program. Bila dah sampai ke Kem Sg. Pauh, Cameron Highlands, hujan, memang dugaan. Cuaca memang dah sejuk, ditambah dengan kesejukan tahap melampau. cehh.

Peserta diarahkan untuk memasak dan mendirikan khemah. Khemah pakai khemah baru, memang tak aci budak-budak ni. Dulu, kitaorang, batang-batang tu cukup, tapi semua dah tercabut, sampai ada yang kena pakai selotape nak ikat, hehe, bersyukurlah adik-adik peserta ooi. Okay, malam mula buat ujicekap, Alhamdulillah semua berjalan lancar. Terima kasih kepada Mama dan Nana sebab sentiasa memanaskan air dan membasuh pinggan, mangkuk, kuali, dan segala benda di sungai walaupun sejuk sesangat. Malam nak tidur memang menggigil, tapi penat sangat, boom! tidur.

16/06/2010 - RABU

Hari kedua, hari untuk mendaki Gunung Berembun. Peserta semua
dinasihatkan pakai baju sejuk sebab dikhuatiri sampai atas sangat sejuk. Dapat berita kata peserta yang sakit (lelah/asthma) tak boleh ikut mendaki. Tengok muka-muka kesian peserta, kami memujuk cikgu dan Alhamdulillah dapat pergi, tapi atas risiko sendiri.

Waktu nak mendaki, mula-mula memang okay, tapi biasalah dah lama-lama memang penat. Tipulah siapa kata tak penat. Kumpulan ALPHA banat, nasib baik tak ada masalah serius, dah AJK keselamatannya dekat belakang-belakang, susah nak memanggilnya. Bila dah jadi banat 'first' dalam line, memang susah sikit, sebab depan banin, dan pergerakan banin tak sama dengan banat. Banin main lompat, banat kena naik satu-satu, tapi nasib baik tak ada apa-apa yang memalukan =D Kalau ada, Syaraz je tahu.
Bila dah sampai, memang Allah je la yang tahu betapa sukanya hati. Tapi dengar peserta kata "laa, ni ke?", hurmmm. . . .
Tak sejuk sangat dekat atas, mungkin sebab waktu tengahari. Memang tabik dekat Cg. Hasnah sebab dapat sampai ke Puncak Gunung Berembun bersama-sama- kami, memang cikgu kuat semangat.

Bila dah turun dan sampai ke tapak perkhemahan hujan lagi, dan lagi, dan lagi. Memang tak berhenti. Waktu ni memang Allah jer la yang kuatkan semangat, rasa macam dah tak larat nak bangun. Sampai ada yang nangis-nangis. Dugaan dugaan. Bila malam, cuaca jadi semakin SEJUK. Ada persembahan dari peserta, Alhamdulillah, ana rasa semua 'message' sampai. Malam yang teramat sejuk, semua memanggil-manggil AJK Keselamatan dan XE (heater) hahahaha. Sampai waktu Post Mortem menggigil rasa macam dah tak tau nak buat apa.

17/06/2010 - KHAMIS

Hari terakhir, semua orang suka kot, sebab nak balik dan tinggalkan tempat sejuk tu. (tapi sebenarnya rindu) dan ada lawatan ke kawasan Cameron Highlands. Siap-siap kemas, dan pergi jalan-jalan naik bas, tengok Strawberi, Kobis, dan LOBAK PUTIH. Kemudian, terus ke KL, sampai sekolah. Alhamdulillah.
Kemas-kemas barang dekat stor, balik pukul 9.00 malam, fuhh sempat tengok bola kat JIMAT.
hehehehehe.

Ana rasa banyak pengalaman baru yang ana dapat dari XPDC kali ini. Sebelum ni jadi AJK takat AJK aktiviti je, ni dah jadi Timbalan Pengarah, beban dia berat sikit. Tapi Alhamdulillah, memang dapat rasa yang Allah banyak membantu, semua berjalan lancar, terima kasih kepada AJK-AJK baik banat mahupun banin kerana banyak membantu dan membuat tugas dengan baik.
Minta maaf kalau ana sendiri ada buat salah, tersalah kata, tak buat kerja dengan baik, minta maaf la ye.
Marilah sama-sama kita cuba untuk menjadi yang lebih baik pada masa akan datang. Ameen.


*karangan gara-gara tak datang post mortem. -_-''

6 comments:

Nuna said...

nnnnnnnnnnnnnnnnnnnakkkkkkkkkkkkk gmba!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Azillah Azhar said...

hahahahhaa karangan yang mantap.comfirm cikgu wawa bangga :') OH CANTIK BAJU OH OH OH

Anonymous said...

wahhhhh cantikkkknye baju..hahaha..

best2..jom naek gunung kinabalu plak..keh..keh..

Aliyyah A Azmil said...

wooot - cgu shikin pny idea mantop. ape2 plan ajk ana sekaliii...;P

khalidah alhusna kamilen said...

wah wahh.model model harapan..
hee :)
memanglah karangan.
sy suka bekerja dgn anda !
goodjob! ;)

msradd said...

nurina, silalah beli, hahaha

azillah, memang BANGGA ah, merangkap murid kesayangan cikgu wawa lah katakan, hehehe.
okay, baju cantik :)

cikgu, terima kasih cikgu tolong pasal baju tuh, hehehhe.
gunung kinabalu, serius cg? huahuahua.

jameel, eee org dah lama tak on9!
hahahahah, eleh nak jugak dia.

husna,
okay saya nak panggil awak husna ya.
ape model harapannya? haha, saya pun suka bekerja dengan anda,
kem asas, insyaAllah!