Sunday, March 21, 2010

LAGAKNYA AKU

KAU PEGANG KERAJAAN NABI SULAIMAN KE?

assalamualaikum,

kenapa dengan kenyataan di atas? sesungguhnya saya memang terkesan dengan kata-kata tu.

ada apa? apa masalahnya ni?

selalu tak kita terfikir yang kenapa selalu kita sahaja yang perlu pegang jawatan?
kenapa tak nak bagi orang lain? orang lain boleh buat.
banyak sangat dah pegang jawatan ni, jawatan tu, nak study lagi, aku bukan robot.
tiap-tiap hari mengeluh kepenatan, balik sekolah ade tusyen, aku nak ibadah juga, tak ada masa.


zaman para anbiya' dahulu, mereka bukan sahaja seorang utusan Allah,
mereka juga adalah seorang, anak kepada ibu bapanya,
seorang suami kepada isterinya,
seorang bapa kepada anak-anaknya,
seorang teman kepada sahabat-sahabatnya,
seorang pelajar kepada gurunya,
dan seorang hamba kepada tuhannya.

mereka berhadapan dengan kaum-kaum yang menentang mereka.
mereka dicaci dan tidak mengalah.
kenapa? kerana dalam mengerjakan amanah,
mereka mempunyai tujuan yang nyata.
ALLAH.

namun kita, pernahkah tertanya, kenapa aku buat kerja ni? suka-suka?
tambah sijil untuk nak apply biasiswa nanti?

kita dipilih kerana orang yang tertentu rasa kita punyai potensi untuk melakukannya.
pabila kita dipilih, kita ditugaskan dengan satu amanah. amanah yang memang berat.
tapi bukanlah untuk kita melekehkannya, ambil endah tak endah, sambil lewa.

memang akan ada masa kita merasakan kita tak cukup masa untuk melakukan semua amanah dan tanggungjawab tersebut. kita rasa penat dan rasa ingin menolak amanah yang diberikan dan hidup seperti kawan-kawan yang lain. hanya diarah, bukan mengarah. buat kerja membuta tuli.
sami'na, wa atho'na.

aku pengawas, tiap-tiap hari kena jaga budak-budak
dia tak
aku andalus, tiap-tiap minggu kena bagi tazkirah
dia tak
aku masyab, tiap-tiap bulan kena sediakan silibus dan mengajar
dia tak
aku pelajar tahfiz, tiap-tiap malam kena mengahafal
dia tak

dia tak buat apa yang aku buat, tapi aku buat semua apa yang dia buat.
kerja rumah, tolong ibu ayah di rumah, hal peribadi.

namun, bukankah ini membuatkan kita istimewa.
bergantung pada niat, niat yang ikhlas akan membuatkan diri kita yang teristimewa di kalangan kawan-kawan.

ingat balik tujuannya, ALLAH. ALLAH. ALLAH.
dan Allah itu sememangnya AKAN menolong kita.
Allah tidak memberikan kesusahan itu begitu sahaja, malah Allah beri kensenangan di sebalik itu.
itulah JANJI ALLAH. innama'al 'usri yusra.

ikhlaskanlah hati, dan ingatlah, kondisi diri kita ini, tiadalah tandingannya dengan para anbiya' sebelum ini.

usah merengut, berlagak memagang jawatan tinggi dan banyak kerana ada sesuatu yang dijanjikan Allah. InsyaAllah.

saya tidak pandai berkata-kata mahupun menulis. ingin berkongsi pengalaman dan ambillah 'ibrah daripadanya. Wsalam.

11 comments:

NurF said...

assalamualaikum~~
setiap sesuatu ALLAH buat pasti ada hikmahnya~~
macam ana ,ana nak masuk SAMER~
ayah ana suruh masuk SMIAAG~~
ana fikir SAMER sbb ramai kawan2 ana~~
tapi sebagai anak solehah ikut jer~~
tapi hikmahnya benda yg baik2 sentiasa ana dapat~~
ana dikatakan jahat gak bole jadi baik sikit(sikit jer?)
bagi ana kata2 ibubapa penting masa tu~~
walaupun ana x der pengalaman masuk asrama lagi berbanding kawan2 lama ana~~
ana dapat menyemai kasih sayang sesama keluarga ana~~
dah la~~sampai sini jer~~MESEJ yg x penting pon~~sajer komen(hehe,suka kacau adik beradik dashuki=yam,utama sekali)

wassalam~~~

AnisAmira said...

Shukran. for reminding me and the others :) and as a motivation to do things for Allah's sake and not for worldly goals.

makman said...

Kalau nak pilih kayu...janganlah pilih kayu yg biasa2
Pilih lah kayu yg luar biasa macam Jati..kuat,tahan..kental..mahal

Kalau nak pilih batu....janganlah
pilih batu yg biasa2
Pilih lah batu yg luar biasa macam
Permata...bersinar,cantik,mahal,kualiti

Dan kita adalah manusia ciptaan Allah
Oleh itu jgnlah jadi manusia yg biasa2...
Jadilah manusia luarbiasa yg hebat..dikenali didunia..dikenali diakhirat...dek kerana amalan2nyer juga akhlak yg mulia

semua kerja niatkan ikhlas,buat bersungguh2,buat yg terbaik.....
"polish,polish....bakat yg ada"

Muhammad Mu'az said...

yup. sgt terkesan dgn ayat "kau pegang kerajaan nabi Sulaiman ke?". mcm terkena satu tamparan bila ayat uh dikeluarkan. astaghfirullah.

tipulah kalau ana kata ana xpernah terfikir utk ana mengalah, berputus asa dan sewaktu yg mua jd permainan syaitan. tp, bila fikir blk, nk mengalah dan berputus asa terhadap sesuatu yg kita telah pegang sgt susah sebenarnya.

tp, alhamdulillah. SAHABAT itu INDAH, mungkin itulah juga salah satu sbb knapa kita masih lg bertahan.

maaf, kalu ana membebel. apapun, post yg sgt menarik dan sgt memberi kesan utk seorg hamba atau insan yg lemah.

b said...
This comment has been removed by the author.
b said...

*clap clap clap

salam ,
ayuuuuu ! post yg superb ^^,
syukran

thumbs up ;)

hehehe

Anonymous said...

cun

Aliyyah A Azmil said...

like2.. finally dpt bukak.. gahaha

nlia said...

gempak ! bestlah x)

Abareeeeef :) said...

okey post yang mantap :) terkesima dan terkesan serta terasa dalam diri .
terima kasih :) good one .

Anonymous said...

salam..
cam kenal je ayat "kau pegang kerajaan mcm nabi sulaiman ke?"

ana rasa sungguh terkesan atas perkongsian pengalaman nt..
mungkin ana punya niat kurang betul, jadi ana rasa lemah...
alhamdulillah, ari ni, saat ni, ALLAH suro ana bkk blog nt, dan ana terbaca post ni.. jd,
ana rasa ati & smgt ana terubat lantaran post nt ni...

terima kasih pd ALLAH dan juga pd nt..

moga dilimpahi rahmat-NYA dlm setiap pekerjaan nt, dan x kira dimana sj nt berada...

wslm...